Rabu, 8 Oktober 2008



AKTIVITI SEPANJANG BULAN SEPTEMBER 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAAN DAN BERBUKA PUASA.

Majlis Khatam Al Quraan dan berbuka puasa sempena bulan ramadhan telah diadakan pada 25 Septembar yang lalu. Pada majlis tersebut juga seramai lebih kurang 70 orang murid-murid miskin dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan daripada pihak sekolah yang berupa duit raya sebanyak RM100 seorang. Acara penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh En Rahamat bin Abdul Manan yang merupakan Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Keramat 1.

Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim dan peserta tadarus.



Penyampaian cenderamata kepada pembimbing bacaan tadarus Al Quraan al fadhil Ustaz Khairuddin Al Haj oleh Naib YDP PIBG En Rahamat.




Acara selingan, nasyid yang disampaikan oleh murid-murid tahun 3.




Antara murid-murid yang mengambil bahagian dalam Majlis tersebut.




Guru-guru sedang bertungkus lumus menyediakan juadah untuk Majlis Berbuka Puasa.



PEPERIKSAAN UPSR

Murid-murid tahun 6 telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 9 hingga 11 September yang lalu.


KURSUS ETIKAT SOSIAL UNTUK GURU-GURU SKTK1


Kursus ini telah dijalankan pada 11 September yang lalu. Objektif kursus ialah untuk memberikan gambaran dan pengetahuan baru kepada guru-guru tentang etikat sosial untuk guru-guru gunakan dimajlis-majlis rasmi. Dengan pendedahan ini juga diharap dapat memantapkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap etikat sosial yang perlu diikuti di majlis-majlis rasmi.


Mungkin ada perkara yang mencuit hati guru-guru yang menyebabkan mereka tersenyum.


Guru-guru sedang khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah.


Puan Zuraida sedang menyampaikan kursus etikat sosial kepada guru-guru.