Sabtu, 28 September 2013

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2013

Perkhemahan unit-unit beruniform telah diadakan pada 27 - 29 September 2013 bertempat di Kem Alang Sendayu batu 12 jalan Gombak lama. Aktiviti tahunan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat kekitaan antara murid  dan membina semangat berpasukan dan keyakinan diri.
Program ini dihadiri oleh lebih kurang 80 orang murid tahap dua dari semua unit uniform.

Ahad, 22 September 2013

SUKAN TAHUNAN KE-34

Kejohanan Padang & Balapan ke-34 telah dijalankan pada 22 September 2013. Kejohanan gilang-gemilang bagi sekolah ini telah dirasmikan oleh En Zul Hilmi b Abdul Hamid, Penyelia Pengurusan Data & Maklumat, PPD Gombak.

Jumaat, 20 September 2013

RAPTAI SUKAN TAHUNAN KE-34

Raptai penuh sukan tahunan telah dijalankan pada 20 September 2013. Raptai penuh diadakan bertujuan untuk melicinkan perjalan sukan sebenar yang akan berlangsung pada 22 September ini.

Jumaat, 13 September 2013

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ke-56

Majlis penutup Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Nor Adibah bt Yusoff.
Majlis kemuncak ini diserikan dengan persembahan daripada murid-murid dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

Kursus 'In House training' VLE Frog

Kursus VLE Frog kali ke-2 telah diadakan pada 12 September. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan lagi pendedahan terhadap program VLE Frog yang merupakan salah satu platform yang dibangunkan oleh syarikat telekomunikasi YES Malaysia.
Kursus kali ke-2 ini memberi pendedahan kepada semua guru-guru agar dapat menggunakan sistem ini untuk proses PdP dalam kelas.

Selasa, 10 September 2013

UPSR BERMULA

SELAMAT MENGHADAPI PERPERIKSAAN KEPADA MURID-MURID SK TAMAN KERAMAT 1. Semoga berjaya dalam perperiksaan ini.
Perperiksaan UPSR telah bermula pada hari ini 10 hingga 12 September 2013. Seramai 89 orang calon menduduki perperiksaan UPSR tahun ini.

Persiapan Sukan Tahunan ke-34

Persiapan untuk sukan tahunan ke-34 sedang giat dijalankan.
Sukan sebenar akan diadakan pada 22 September 2013 ini.

Jumaat, 6 September 2013

Majlis Nur Kasih (restu Ilmu) untuk murid-murid Tahun 6

Majlis Restu Imu telah diadakan pada 6 September 2013 sempena mendoakan kejayaan kepada murid-murid Tahun 6 untuk menghadapi Peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 10 - 12 September 2013. Majlis yang turut dihadiri oleh YDP PIBG En Rahamat b Abdul Manan di namakan Nur Kasih. Majlis yang saban tahun diadakan ini pada tahun ini diadakan di surau SK Taman keramat 2.