Jumaat, 21 Februari 2014

Road Run 2014

Aktiviti yang menjadi acara tahunan SK Taman Keramat 1, Road Run @ Larian Merentas Desa. Aktiviti akan dijalankan pada 22 Februari 2014.
Aktiviti ini disertai oleh semua murid Tahap 2. Bagi memberi peluang mereka mengumpul markah untuk rumah sukan masing-masing.
Pada 21 Februari telah diadakan raptai larian.

Rabu, 12 Februari 2014

Mesyuarat Guru bil 2/2014

Tarikh : 12/02/2014 | Rabu
Masa  : 1.00 - 2.00 Petang

Mesyuarat guru kali ke-2 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Guru  Besar baharu Puan Hajah Jashiah bt Rabu.

PROGRAM MAJU DIRI

Program Maju Diri..merupakan progrqm anjuran unit kaunseling. Program yang berjalan selama 3 hari ini (12-14 Februari) merupakan program tahunan Unit Kaunseling. Program ini melibatkan murid-murid tahap 2 (tahun 4-6). Dalam program ini mirid-murid diajar berberapa aspek biasa yang lalui oleh murid seperti pengurusan diri, membuat jadual waktu persendirian dan program ketrampilan diri.

Selasa, 11 Februari 2014

Majlis Perpisahan Guru Besar SK Taman Keramat 1 - Puan Nor Adibah Binti Yusoff

Tarikh : 23 Januari 2014
Tempat : Anjung Felda, Kuala Lumpur

Khabar angin tentang pertukaran Puan Guru Besar SK Taman Keramat 1- Puan Nor Adibah Binti Yusoff telah terjawab apabila surat pengesahan pertukaran beliau telah beliau terima. Beliau diarahkan ke SK Taman Ehsan, Kepong. Arahan pertukaran beliau itu adalah arahan biasa yang perlu dipatuhi oleh semua penjawat awam termasuklah Guru Besar. Memandangkan beliau juga telah lama berkhidmat di sekolah ini (SK Taman Keramat 1). Bagaimanapun, berita arahan pertukaran beliau ini memberikan impak yang menyedihkan bagi seluruh warga SK Taman Keramat 1. Hal ini demikian kerana beliau sangat disenangi oleh seluruh warga SK Taman Keramat 1 tidak kira sama ada murid-murid atau guru-guru dan staf SK Taman Keramat 1.
Sepanjang beliau menerajui pentadbiran SK Taman Keramat 1 selama lebih krang sepuluh tahun banyak kenangan pahit manis yang dilalui bersama warga SK Taman Keramat 1. Sifat beliau yang lembut tapi tegas mewarnai kejayaan demi kejayaan bagi SK Taman Keramat 1. Semoga dengan perpindahan beliau di tempat baharu dengan suasana yang baharu, akan dapat memberikan beliau inspirasi untuk menjadi seorang Guru Besar yang lebih baik dan di senangi semua. Dari Kami Warga SK Taman Keramat 1, pemergian beliau merupakan kehilangan besar bagi kami, pun begitu kami berharap kenangan yang dikarang bersama warga SKTK1 dapat beliau simpan dalam lipatan memori untuk selamanya, semoga bertemu lagi di lain kesempatan. SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU...












Selamat Tahun Baharu