Pada 19 dan 20 Jun yang lalu Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan Kem PAFA kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1. Kem yang diadakan dua hari satu malam ini bertujuan untuk memberikan pendedahan keagamaan khasnya kepada murid-murid yang tidak mengikuti sekolah agama atau kelas fardhu Ain. Dengan adanya program ini diharap agar murid-murid tersebut akan dapat dimantapkan lagi pengetahuan fardhu ain mereka dan dapat dimanfaatkan dalam urusan harian mereka. Lebih kurang 80 orang murid yang terlibat dalam program ini. Dalam program dua hari yang dijalankan ini juga murid-murid yang mengambil bahagian di tempatkan di sekolah. Ini bertujuan memudahkan mereka untuk menghadiri program kiamulai yang diadakan pada pagi hari kedua. Guru-guru juga terlibat dalam menguruskan mereka seperti penyediaan makanan, tempat dan keselamatan. Program ini merupakan program tahunan yang termasuk dalam aktiviti Panitia Pendidikan Islam.
Pihak pentadbir juga tidak ketinggalan turun padang menjenguk aktiviti yang dijalankan walaupun telah larut malam; Puan Zuraida, Penolong Kanan Kurikulum (pertama dari kiri), Puan Nor Adibah, Guru Besar (Kedua dari kiri) dan Puan Normala
Fesi juga nampaknya bersungguh-sungguh; Puan Azimah dan Puan Hj Minah
Juga aktiviti bersama fesi masing-masing
Sesi pembelajaran bersama fesi masing-masing.
Aktiviti-aktiviti yang ditunggu-tunggu; minum petang.
Murid-murid ceria mendengar taklimat lanjut.
Antara guru yang terlibat; Puan Satina dan Cik Sarwani
Murid-murid yang mengambil bahagian sedang mendengar taklimat tentang acara yang akan diadakan.