Tarikh: 17 Julai 2009
Tempat: Teduhan Damai SKTK1
Sesi : Petang dan pagi
Anjuran: Panitia Agama Islam
Sambutan Israk dan Mekraj telah diadakan pada hari Jumaat lalu bertempat di Teduhan Damai SKTK1. Pelbagai acara menarik telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya Pertandingan tulisan cantik huruf jawi untuk tahun 3, pertandingan busana muslim untuk murid tahun 1 dan pertandingan sajak untuk murid tahun 2.
Majlis ini juga diserikan dengan ceramah berkenaan dengan peristiwa israk dan mikraj nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh ustazah Norlaile.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Hjh Zaiton bt Awang untuk acara sesi petang.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang acara diadakan;
Jumaat, 17 Julai 2009
PERTANDINGAN MEMBACA PUISI TAHUN 2 & KELAS PEMULIHAN
Khamis, 16 Julai 2009
PERTANDINGAN SPELL IT RIGHT
Sabtu, 11 Julai 2009
KURSUS DALAM PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
Tarikh: 11/07/2009
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 hingga 12.00 Tengah hari
Penghargaan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian menjayakan program ini.
Acara penutup...tarian 'chicken dance' dan shi-sha-sha
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 hingga 12.00 Tengah hari
Kursus ini merupakan kursus dalaman yang pertama pada penggal ini. Ia melibatkan semua guru yang tidak keluar mengikuti kursus atau apa-apa acara diluar. Dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah Kebangsaan Taman Keramat1.
Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih yang membuat praktikal di sekolah ini yang bermula dari 1 April yang lalu. Penglibatan guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras ini merupakan tugasan khas yang diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka. Ini juga memandangkan mereka mempunyai pengetahuan tentang teknik-teknik terbaru dalam pengajaran & pembelajaran Pendidikan Jasmani yang mereka perolehi di Insititusi tempat mereka belajar. Pengetahuan dan pendekatan baru ini perlu dalam memantapkan lagi pengajaran & pembelajaran guru-guru.
Antara acara yang dijalankan dalam program ini ialah ujian tahap kecergasan, penyediaan ringkasan mengajar bagi pendidikan Jasmani dan acara permainan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.
Keseluruhannya objektif kursus ini tercapai dan diharap agar pendedahan terhadap pendekatan baru ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.
Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih yang membuat praktikal di sekolah ini yang bermula dari 1 April yang lalu. Penglibatan guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras ini merupakan tugasan khas yang diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka. Ini juga memandangkan mereka mempunyai pengetahuan tentang teknik-teknik terbaru dalam pengajaran & pembelajaran Pendidikan Jasmani yang mereka perolehi di Insititusi tempat mereka belajar. Pengetahuan dan pendekatan baru ini perlu dalam memantapkan lagi pengajaran & pembelajaran guru-guru.
Antara acara yang dijalankan dalam program ini ialah ujian tahap kecergasan, penyediaan ringkasan mengajar bagi pendidikan Jasmani dan acara permainan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.
Keseluruhannya objektif kursus ini tercapai dan diharap agar pendedahan terhadap pendekatan baru ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.
Penghargaan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian menjayakan program ini.
Acara penutup...tarian 'chicken dance' dan shi-sha-sha
Disebabkan tak larat..jadi pemerhati pun tak pe!
Antara acara yang menarik yang 'dimainkan' oleh guru...
Selalunya murid-murid yang melakukan aktiviti...hari ini guru-guru pula mengambil tempat murid
Ini baru betul kursus...khusyuk mendengar taklimat tentang pengajaran PJ
Lebih posing dari kursus nampakkk..!!!
Guru-guru yang terlibat memberikan pos istimewa
Rabu, 1 Julai 2009
PROGRAM BERSAMA HOLICKS
Program bersama Holicks ini telah diadakan pada 30 Jun yang lalu. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murdi-murid tentang kebaikan minuman Holicks dan mengelakkan minuman yang berkabonat. Selain itu juga murid-murid telah diberikan informasi tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan yang sihat. Murid-murid sangat gembira kerana informasi yang diberikan disampaikan secara aktiviti yang diserta oleh murid-murid. Program ini diadakan pada waktu sesi persekolahan petang dan melibatkan murid-murid tahun 1,2 dan 3.
Program ini juga turut disertai oleh maskot Holicks iaitu Mr Ho Ho
Salah seorang fesi dari Holick sedang melakukan aktiviti bersama murid-murid
Murid-murid sedang khusuk mendengar taklimat daripada penganjur.
Murid-murid yang mengambil bahagian
Langgan:
Catatan (Atom)