Kursus selama sehari ini telah dikendalikan oleh En Hasrul Hisham sebagai tutor. Bidang yang menjadi pilihan untuk kursus kali ini ialah bidang IT. Ini memandangkan guru-guru sangat terdedah pada persekitaran yang memerlukan mereka bukan sahaja tahu malah mahir dalam bidang ini. Kemahiran yang diperolehi dalam kursus ini boleh digunakan oleh mereka untuk menjadikan bidang IT ini sebagai alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, pada hari yang sama diadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk guru-guru sempena bulan syawal. Pelbagai hidangan yang enak dihidangkan pada majlis tersebut. Diharap dengan adanya kursus dan majlis yang seumpama ini akan dapat memberikan peluang pada guru-guru berinteraksi sesama mereka dengan lebih akrab.