Tarikh: 31 Oktober 2012
Tempat : PKG Gombak
Objektif: Memberi pendedshan kepada guru-guru penyelaras ICT tentang cara pengolahan skrip video untuk P&P dan lain-lain kegiatan sekolah.
Rabu, 31 Oktober 2012
Sabtu, 20 Oktober 2012
KURSUS DALAMAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tarikh: 20 Oktober 2012
Objektif: Memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan pendidikan seni visual.
Sasaran: Semua guru
MESYUARAT GURU BIL 4 2012
Mesyuarat
Tarikh : 20 Oktober 2012
Hari: Sabtu
Mesyuarat terakhir untuk tahun 2012. Membincangkan perkara-perkara yang telah diselesaikan dan perkara-perkara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.
Tarikh : 20 Oktober 2012
Hari: Sabtu
Mesyuarat terakhir untuk tahun 2012. Membincangkan perkara-perkara yang telah diselesaikan dan perkara-perkara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.
Selasa, 16 Oktober 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BERMULA
Murid Tahun 4 sedang menduduki perperiksaan akhir tahun
Pada 15 hingga 19 Oktober, murid-murid SKTK1 akan menduduki Perperiksaan Akhir Tahun. Perperiksaan selama lima hari ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Manakala murid-murid KSSR iaitu murid tahun 1 dan 2 juga menduduki perperiksaan dalam untuk menentukan kelas masing-masing pada tahun hadapan.
Diharap murid-murid SKTK1 telah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam menjawab soalan-soalan perperiksaan dan semoga mendapat markah yang baik, semoga berjaya.
Sabtu, 13 Oktober 2012
PERKHEMAHAN TAHUNAN SKTK 1
Pada 28 hingga 30 September lepas, SK Taman Keramat 1 telah mengadakan perkemahan tahunan unit-unit beruniform bertempat di Kuala Lurau Camp Chelet, Janda Baik, Pahang.
Perkhemahan yang dihadiri oleh 80 orang murid serta 40 orang guru ini merupakan aktiviti tahunan bagi unit-unit beruniform sekolah ini.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan pendidikan luar yang meliputi perkhemahan dan ikhtiar hidup. Selain itu, aktiviti jungle tracking juga dijalankan. Melalui aktiviti ini murid didedahkan tentang peri pentingnya penjagaan alam sekitar.
Aktiviti selama tiga hari dua malam ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya.
SKTK 1 CIPTA SEJARAH..
'Teacher' Syuhada, bergambar disamping banting yang mempamerkan gambar beliau.
Sebagai penghormatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, seorang guru (yang gambarnya diambil) telah ditaja oleh kementerian untuk menghadiri Perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dikesempatan ini pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian yang telah sudi untuk mengetengahkan gambar yang diterbitkan dalam blog ini, semoga dengan ini sedikit sebanyak dapat mempopularkan SKTK1 di peringkat kebangsaan...
Jumaat, 14 September 2012
LARIAN LIFE BUOY, MAJLIS KEMUNCAK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN JAMUAN HARI RAYA
Pada hari ini | 14 September 2012 telah diadakan Program Larian Life Buoy, Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya. Selain daripada acara larian, persembahan daripada guru-guru juga diadakan.
Selasa, 11 September 2012
SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN UPSR
Murid-murid mendengar taklimat terakhir daripada guru sebelum masuk ke dewan perperiksaan
Bermula hari ini | 11 September 2012 hingga 13 September 2012 murid-murid tahun 6 akan menghadapi perperiksaan penting untuk sekolah rendah iaitu perperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seramai 108 orang murid Tahun 6 sekolah ini menduduki perperiksaan pada tahun ini.
Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PERPERIKSAAN kepada semua murid, semoga segala usaha yang anda lakukan akan membuahkan hasil....
Selasa, 10 Julai 2012
PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 1S1M1S
Tarikh | 10 Julai 2012 | Selasa
Masa | 8.00 pagi
Program yang diadakan serentak di seluruh Malaysia. Pada tahun ini program senamrobik telah diadakan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menghendaki setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan sukan.
Masa | 8.00 pagi
Program yang diadakan serentak di seluruh Malaysia. Pada tahun ini program senamrobik telah diadakan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang menghendaki setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan sukan.
Langgan:
Catatan (Atom)