TARIKH : 15 NOVEMBER 2013 | JUMAAT
TEMPAT: KELAB DARUL EHSAN, AMPANG
Majlis makan malam untuk-untuk staf dan guru-guru serta anggota keluarga merupakan acara tahunan yang merupakan acara penutup bagi tahun ini. Pada tahun ini majlis makan malam ini telah diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang.
Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh semua pentadbir termasuk Guru Besar Puan Nor Adibah bt Yusoff, Penolong kanan Kurikulum, Puan Asmah bt Osman dan pasangan, Guru Penolong kanan Ko-Kurikulim Puan Zaiton dan pasangan, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Encik Ahmad Azizi b Alias dan Guru Penyelia Petang, Encik Abdul Hamid dan pasangan.
Antara acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah acara cabutan nombor bertuah. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara guru-guru, staf dan pentadbir yang bernaung di bawah Badan Kebajikan Guru (BKGK).
Isnin, 18 November 2013
Ahad, 10 November 2013
LADAP BIL 4/2013
Tarikh : 9 November 2013 | Sabtu
Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Sasaran : Semua Guru
Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan DSKP Mata pelajaran-mata
pelajaran yang akan diajar untuk tahun 4 pada tahun hadapan.
2. Menyampaikan maklumat-maklumat baru tentang mata pelajaran dan pendedahan sistem
online yang mesti dilaksanakan oleh guru-guru bagi memantapkan lagi sistem pendidikan.

MAKAN MALAM TAHUN 6 2013
Sesi persekolahan tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Bagi murid-murid tahun 6, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka berada di sekolah ini. Sudah semestinyalah pelbagai pengalaman yang mereka tempuhai dan harungi sepanjang enam tahun berada di sekolah rendah.
Tahun hadapan mereka akan mengharungi satu suasana baru pembelajaran, iaitu sekolah menengah. Untuk meraikan murid-murid tahun 6 ini pihak penyelaras tahun 6 telah mengadakan makan malam yang merupakan aktiviti tahunan bagi tahun 6.
Majlis makan malam yang bertemakan Sugar and spice ini telah berlangsung dengan gilang-gemilang bertempat di dewan utama SK Taman Keramat 1 iaitu Teduhan Damai. Pelbagai persembahan juga dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6, antaranya nyanyian dan lakonan. Majlis makan malam ini juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 untuk mengucapkan terima kasih mereka kepada semua guru-guru yang telah mengajar mereka semasa mereka berada di sekolah rendah, khasnya guru-guru yang begitu bertungkus lumus mengajar mereka sepanjang tahun ini.
Pada majlis ini juga, penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi acara-acara dan aktiviti-akviti yang telah dijalankan sepanjang minggu-minggu selepas UPSR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, Master Chef SKTK1 dan Akademi fantasia SKTK1.

Langgan:
Catatan (Atom)