Khamis, 2 September 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN MURID MISKIN

Pada 1 September yang lalu, SK Taman Keramat 1 telah mengadakan majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan Kepada Murid Miskin dan Anak yatim.

Majlis ini saban tahun diadakan sempena bulan Ramadhan. Tujuan utama majlis ini adalah untuk menggalakkan murid-murid mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan bacaan Al Quran di samping memberikan sumbangan untuk murid-murid yang memerlukan bagi memberi peluang mereka menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pada tahun ini seramai 134 orang murid tahun 2 hingga tahun 6, mengambil bahagian dalam acara khatam Al Quran, manakala seramai 115 orang murid-murid miskin dan anak yatim telah menerima sumbangan daripada pihak-pihak yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada mereka.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para menderma sama ada dari agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, atau agensi swasta seperti Bank Rakyat dan Sapura serta ibu bapa, individu-individu dan guru-guru.

Semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak berkenaan akan dapat meringankan sedikit tanggungan bagi ibu bapa murid-murid ini dalam menyediakan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya pada tahun ini.


Antara gambar-gambar sekitar Majlis yang diadakan
















MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA JALUR GEMILANG


Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang masih berjalan, pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan mewarna dan melukis Jalur Gemilang. Pertandingan yang disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 3 ini telah dijalankan pada 25 Ogos yang lalu.

Pertandingan ini diadakan bertujuan memupun semangat cintakan bendera Negara di samping menyemai semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah ini.

Pada 1 September yang lalu majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Hj Zaiton bt Awang selaku penyelia petang. Dengan hadiah-hadiah yang disediakan kepada para peserta ini juga diharapkan lebih menggalakkan lagi mereka untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang sebigini di masa hadapan.








Rabu, 25 Ogos 2010

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


Kemeriahan Kemerdekaan semakin terasa.


Hiasan Bendera-bendera yang dipasang sekeliling sekolah.


Hiasan Bendera-bendera yang dipasang sekeliling sekolah.


Pertandingan Melukis Jalur Gemilang


Pertandingan melukis Jalur Gemilang


Guru-guru SKTK1


Ceria menyambut Bulan Kemerdekaan


Guru-guru SKTK1


MAJLIS RESTU ILMU UNTUK MURID-MURID TAHUN 6

Tarikh: 21 Ogos 2010
Masa: 8.00pagi
Tempat: Teduhan Damai, SK Taman Keramat 1

Bertempat di Teduhan Damai, SK Taman Keramat 1, Majlis yang menjadi rutin bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Perperiksaan UPSR telah diadakan. Majlis disempurnakan oleh Pn Guru Besar, Puan Nor Adibah bt Yusoff.

Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah solat sunat hajat bersama-sama antara guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6. Ia bertujuan memohon restu dan rahmat bagi murid-murid tahun 6 yang akan menduduki perperiksaan pada tahun ini.

selain itu, Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 agar dapat memohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru mereka agar dapat mempermudahkan mereka menghadapi perperiksaan.

Pihak admin blog ini mengucapkan Selamat Menghadapi Perperiksaan kepada murid-murid tahun 6, semoga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam perperiksaan tersebut




PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, SK Taman Keramat 1 juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Pada 16 Ogos 2010 yang lalu telah diadakan majlis pelncaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Pn Guru Besar SK Taman Keramat, Puan Nor Adibah bt Yusoff.

Sempena sambutan ini juga, pelbagai acara dan aktiviti dijalankan, antaranya, Pertandingan mewarna bendera malaysia, Pertandingan melukis bendera Malaysia dan larian kemerdekaan. Aktiviti ini akan dijalankan sepanjang sebulan Sambutan Kemerdekaan diadakan.






(Lagi maklumat dan berita berkaitan Bulan Kemerdekaan akan dikemaskini dari masa ke semasa) - admin




Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua warga SKTK1.
semoga kita semua mendapat keberkatan dari-Nya

Rabu, 4 Ogos 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2010

SK Taman Keramat 1 telah mengadakan program Perkhemahan tahunan Unit Beruniform sekolah pada awal bulan Julai yang lalu. Program yang memang menjadi sebahagian daripada agenda ko-kurikulum sekolah ini telah dijalankan selama 3 hari dua malam yang bermula pada 2 Julai dan berakhir pada 4 Julai yang lalu.

Dalam program selama 3 hari ini murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal dan mental mereka dalam unit-unit beruniform yang mereka sertai. Ia juga mendedahkan kepada murid-murid bagaimana menjalani ikhtiar hidup dalam keadaan yang agak mencabar.
Selain daripada itu, murid-murid juga telah mengadakan persembahan mengikut unit-unit beruniform yang mereka sertai bagi meningkatkan semangat dan keyakinan pada diri sendiri selain daripada semangat berpasukan.

Walaupun perkhemahan tahun ini tidak dibuat di luar kawasan sekolah, namun ia telah berjaya mencapai matlamat yang sasarkan.




MAKLUMAN ADMIN

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, terima kasih daripada admin kerana sudi untuk singgah ke blog ini. Di sini pihak admin atau pengendali blog ingin merakamkan jutaan maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini pada masa yang diharapkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, bagaimana pun ia akan dikemas kini sebaik mungkin selepas masalah ini diselesaikan. Harap maklum - Admin

Rabu, 7 April 2010

Motivasi Tahun 6 2010

Bertempat di Perkarangan SK Taman Keramat 1 pada 3 dan 4 April lepas telah diadakan Program Motivasi Tahun 6 bagi kali ke-2 untuk tahun 2010 ini. Program Motivasi kali ke-2 ini bertajuk 'Menggapai Kecemerlangan' ini telah dikendalikan oleh penuntut-penutut UITM Shah Alam yang dikelolakan oleh guru-guru Tahun 6 dan diketuai oleh Dr Zanariah bt Abdul Majid yang merupakan pengerusi Biro Pendidikan PIBG SKTK1.
Dalam Program ini pelbagai pendedahan terutamanya berkaitan kerohanian telah diberikan oleh penutut-penutut tersebut pada murid-murid tahun 6.

Dalam program diadakan juga guru-guru juga terlibat bagi menyediakan makanan dan minuman untuk murid-murid tersebut. Ini dilihat dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang jitu di kalangan guru.

Pada keseluruhannya program ini telah mencapai objektifnya iaitu memberikan pendedahan kepada murid-murid tahun 6 tentang peri pentingnya pelajaran kepada mereka.



Sabtu, 6 Mac 2010

MAJLIS PERSARAAN PUAN ZURAIDAH (GPK KURIKULUM)

Tarikh: 24 Februari 2010
Hari : Khamis

Majlis Persaraan Puan Zuraida telah diadakan pada tarikh yang tercatat.

















Setelah berkhidmat selama 56 tahun dalam bidang Perguruan, maka pada hari ini tibalah masanya untuk beliau mengundurkan diri dari perkhidmatan ini. Warga sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zuraida di atas segala bakti yang telah dicurahkan pada SKTK1 sepanjang beliau berkhidmat di sini. Semoga dengan persaraan beliau ini, beliau akan dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada keluarga dan semoga beliau berbahagia sepanjang masa.
(untuk gambar-gambar lain sila ke http://www.facebook.com/profile.php?id=100000126265411&v=app_2309869772#!/album.php?aid=16890&id=100000126265411)