Khamis, 20 November 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2008 TELAH DIADAKAN PADA 15 NOVEMBER 2008


Tokoh Murid Kategori lelaki dan perempuan bagi tahun 2008


Calon-calon tokoh murid bagi ketegori perempuan


Calon-calon Tokoh Murid bagi kategori lelaki


Antara murid yang menerima anugerah pada hari tersebut.

Rabu, 19 November 2008

SEKITAR HARI KANAK-KANAK 2008

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI KANAK-KANAK YANG DISAMBUT PADA 14 NOV 2008


Pn Hjh Zaiton Sedang Menyampaikan hadiah kepada pemenang acara yang diadakan.


Para pengadil sedang Khusyuk memerhati peserta-peserta yang mengambil bahagian.


sebilangan murid-murid yang sedang menonton persembahan rakan-rakan sementara menunggu giliran mereka membuat persembahan.

Rabu, 8 Oktober 2008



AKTIVITI SEPANJANG BULAN SEPTEMBER 2008

MAJLIS KHATAM AL QURAAN DAN BERBUKA PUASA.

Majlis Khatam Al Quraan dan berbuka puasa sempena bulan ramadhan telah diadakan pada 25 Septembar yang lalu. Pada majlis tersebut juga seramai lebih kurang 70 orang murid-murid miskin dan anak-anak yatim telah menerima sumbangan daripada pihak sekolah yang berupa duit raya sebanyak RM100 seorang. Acara penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh En Rahamat bin Abdul Manan yang merupakan Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Keramat 1.

Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim dan peserta tadarus.



Penyampaian cenderamata kepada pembimbing bacaan tadarus Al Quraan al fadhil Ustaz Khairuddin Al Haj oleh Naib YDP PIBG En Rahamat.




Acara selingan, nasyid yang disampaikan oleh murid-murid tahun 3.




Antara murid-murid yang mengambil bahagian dalam Majlis tersebut.




Guru-guru sedang bertungkus lumus menyediakan juadah untuk Majlis Berbuka Puasa.



PEPERIKSAAN UPSR

Murid-murid tahun 6 telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 9 hingga 11 September yang lalu.


KURSUS ETIKAT SOSIAL UNTUK GURU-GURU SKTK1


Kursus ini telah dijalankan pada 11 September yang lalu. Objektif kursus ialah untuk memberikan gambaran dan pengetahuan baru kepada guru-guru tentang etikat sosial untuk guru-guru gunakan dimajlis-majlis rasmi. Dengan pendedahan ini juga diharap dapat memantapkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap etikat sosial yang perlu diikuti di majlis-majlis rasmi.


Mungkin ada perkara yang mencuit hati guru-guru yang menyebabkan mereka tersenyum.


Guru-guru sedang khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah.


Puan Zuraida sedang menyampaikan kursus etikat sosial kepada guru-guru.


Isnin, 1 September 2008

Sekitar Sambutan bulan Kemerdekaan 2008

Pelbagai acara telah diadakan sempena bulan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun. Antara acara atau aktiviti yang lazim dilakukan ialah; pertandingan Mewarna Jalur Gemilang, Pertandingan nyayian lagu-lagu patrotik, dan acara kemuncaknya ialah larian Hari Kemerdekaan dan bacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan acara-acara yang disusun saban tahun ini diharapkan dapat memupuk semangat cintakan tanah air di kalangan warga SKTK1.

Menara Kuala Lumpur.


Pertandingan membuat mercu tanda negara dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula - bangunan parlimen.


Post menarik dua peserta yang mengambil bahagian.


Murid-murid pra-sekolah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian pada sambutan di ambang Kemerdekaan.


Antara acara yang diadakan pada hari tersebut - pertandingan nasyid.


Cenderamata yang merupakan sijil penghargaan kepada peserta jemputan yang mengambil bahagian dalam acara Larian Hari Kemerdekaan.


Antara peserta jemputan untuk Larian Hari Kemerdekaan - murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang.


Aktiviti sambutan di ambang Kemerdekaan - larian Hari Merdeka yang disertai oleh murid-murid tahun 4 dan 5.


Perutusan Hari Kemerdekaan daripada Menteri Pelajaran Malaysia yang dibaca oleh Cikgu Hamdan.


Perutusan Hari Kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dibaca oleh Cikgu Darus.


Murid-murid sedang mendengar perutusan Hari Kemerdekaan.


Pertandingan mewarna bunga kebangsaan dengan menggunakan teknik kolaj oleh murid-murid tahun 3


Selasa, 5 Ogos 2008

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PERKHEMAHAN TAHUNAN

Perkhemahan Tahunan Unit-unit beruniform SK Taman Keramat 1 telah diadakan pada 18 hingga 20 Julai yang lalu di Kem Alang Sendayu, Gombak. Peserta terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan 5. Tujuan atau objektif utama program ini dijalankan setiap tahun adalah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid sekolah ini. Di samping itu juga ia merupakan aktiviti atau program tahunan yang dijalankan setiap tahun.

Pihak pentadbir, Puan Zuraida dan Puan Zahrah turut serta pada program tersebut.

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat bagi aktiviti yang akan dijalankan.

Kawasan perkhemahan yang luas dan selesa.

Salah satu daripada aktiviti yang dijalankan iaitu 'night work' atau berjalan malam.


Murid-murid sedang melakukan aktiviti

Tarian burung, yang dikoroordinasikan oleh bekas murid-murid SK Tmn Keramat 1

Ahad, 20 Julai 2008

MAJLIS PERSARAAN PUAN NOREHAN BINTI ISMAIL

Tanggal 17 Julai 2008 yang lalu telah genablah umur 56 tahun Puan Norehan. Ini bermakna telah sampailah masanya untuk 'kak Ann' bersara daripada bidang perguruan setelah hampir 26 tahun mencurahkan bakti beliau sebagai pendidik. Bukan sedikit jasa beliau dalam bidang pendidikan ini. Beliau yang mula menjadi seorang guru semenjak tahun 1974 lagi melahirkan rasa sedihnya di atas persaraan beliau ini bak kata pepatah, setiap yang bermula pasti akan berkhir. Bagaimanapun ini bukanlah penghujung 'jalan' bagi beliau menyumbangkan khidmat bakti beliau kepada nusa dan bangsa. Semoga 'kak Ann' akan teruskan jasa bakti beliau walaupun sudah bersara. Selamat Bersara daripada kami warga SKTK1 kepada 'kak Ann' yang kami sayangi.

Upacara 'send off'


Penyampaian hadiah daripada Puan Zuraida wakil pentadbir



Murid-murid tahun tiga yang mengambil bahagian dalam persembahan pada majlis tersebut.




Ucapan terakhir dari Puan Norehan sempena persaraan beliau.




Ucapan perpisahan daripada rakan seperjuangan, Puan Zaiton, mewakili semua guru-guru mengucapkan selamat berpisah kepada Puan Norehan.

Video acara nyayian terakhir buat 'kak Ann' oleh guru-guru dan murid.

PERTANDINGAN SAJAK BAHASA INGGERIS

Sekitar Pertandingan Sajak Bahasa Inggeris untuk tahap 1 Anjuran Panitia Bahasa Inggeris


Pertandingan Sajak Bahasa Inggeris ini telah dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris pada 9 Julai yang lalu. Pertandingan tertutup ini telah disertai oleh murid-murid tahap 1. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah untuk melatih murid-murid ini berbahasa Inggeris dan secara tidak langsung menanamkan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka.

Peserta perempuan juga tidak ketinggalan mengambil bahagian

Pesrta yang menjadi Johan

Antara peserta yang mengambil bahagian

Pengadil-pengadil yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris sesi petang

Ahad, 13 Julai 2008

AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS

ACARA NYAYIAN DALAM BAHASA INGGERIS


Pertandingan Membuat Kad Ucapan

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD UCAPAN ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU
SASARAN MURID: TAHUN 3




Selasa, 24 Jun 2008

AKTIVITI PANITIA BAHASA MALAYSIA

Aktiviti anjuran Panitia Bahasa Melayu menulis tulisan cantik bagi Tahun 3.