Isnin, 18 November 2013

MAKAN MALAM BKGK 2013

TARIKH : 15 NOVEMBER 2013 | JUMAAT
TEMPAT: KELAB DARUL EHSAN, AMPANG

Majlis makan malam untuk-untuk staf dan guru-guru serta anggota keluarga merupakan acara tahunan yang merupakan acara penutup bagi tahun ini. Pada tahun ini majlis makan malam ini telah diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang.

Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh semua pentadbir termasuk Guru Besar Puan Nor Adibah bt Yusoff, Penolong kanan Kurikulum, Puan Asmah bt Osman dan pasangan, Guru Penolong kanan Ko-Kurikulim Puan Zaiton dan pasangan, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Encik Ahmad Azizi b Alias dan Guru Penyelia Petang, Encik Abdul Hamid dan pasangan.

Antara acara yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah acara cabutan nombor bertuah. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara guru-guru, staf dan pentadbir yang bernaung di bawah Badan Kebajikan Guru (BKGK).













Ahad, 10 November 2013

LADAP BIL 4/2013

Tarikh       : 9 November 2013 | Sabtu
Tempat     : Bilik Gerakan
Masa        : 8.30 pagi - 2.00 petang
Sasaran    : Semua Guru
Objektif   :
                 1. Memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan DSKP Mata pelajaran-mata      
                     pelajaran yang akan diajar untuk tahun 4 pada tahun hadapan.
                 2. Menyampaikan maklumat-maklumat baru tentang mata pelajaran dan pendedahan sistem      
                     online yang mesti dilaksanakan oleh guru-guru bagi memantapkan lagi sistem pendidikan.











MAKAN MALAM TAHUN 6 2013

Sesi persekolahan tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Bagi murid-murid tahun 6, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka berada di sekolah ini. Sudah semestinyalah pelbagai pengalaman yang mereka tempuhai dan harungi sepanjang enam tahun berada di sekolah rendah.

Tahun hadapan mereka akan mengharungi satu suasana baru pembelajaran, iaitu sekolah menengah. Untuk meraikan murid-murid tahun 6 ini pihak penyelaras tahun 6 telah mengadakan makan malam yang merupakan aktiviti tahunan bagi tahun 6.

Majlis makan malam yang bertemakan Sugar and spice ini telah berlangsung dengan gilang-gemilang bertempat di dewan utama SK Taman Keramat 1 iaitu Teduhan Damai. Pelbagai persembahan juga dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6, antaranya nyanyian dan lakonan. Majlis makan malam ini juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 untuk mengucapkan terima kasih mereka kepada semua guru-guru yang telah mengajar mereka semasa mereka berada di sekolah rendah, khasnya guru-guru yang begitu bertungkus lumus mengajar mereka sepanjang tahun ini.

Pada majlis ini juga, penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi acara-acara dan aktiviti-akviti yang telah dijalankan sepanjang minggu-minggu selepas UPSR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, Master Chef SKTK1 dan Akademi fantasia SKTK1.









Isnin, 28 Oktober 2013

KARNIVAL KO-KURIKULUM SK TAMAN KERAMAT 1 | 2013

Karnival Ko-Kurikulum SK Taman Keramat 1 | 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Acara yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun untuk murid-murid sekolah ini. Pada karnival ini, murid-murid telah diuji dengan berberapa pperkara asas untuk setiap unit uniform yang mereka sertai. Antaranya ialah, pertandingan memasang khemah, pertandingan menyediakan hidangan petang, persembahan nyanyian dan gerai jualan serta pameran alat-alat serta aktiviti unit uniform yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Antara unit-unit uniform yang mengambil bahagian adalah; Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Tunas, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia, serta kelab Usahawan.







Selasa, 22 Oktober 2013

PROGRAM KESEDARAN DAN PEMANTAPAN PDP ABAD KE-21 1ESTARNET VIRTUAL LEANING ENVIROMENT (VLE) FROG NEGERI SELANGOR

Pada 21 dan 22 Sepetember 2013, telah dilansungkan Program Kesedaran Pengajaran dan Pembelajaran bersama syarikat YTL yang membekalkan jalurlebar ke sekolah (4G) bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran maya murid-murid.
Program ini memberi pendedahan kepada guru terutamanya pentadbir, Guru Besar dan Penolong Kanan, bagaimana sistem pembelajaran maya boleh membantu murid dan guru untuk menimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah.
Program yang dianjurkan oleh Syarikat YTL dibawah program 1bestarinet ini juga memberikan imput-input baru kepada guru-guru bagaimana melaksanakan Virtual Learning (pembelajaran maya) kepada murid-murid.
Program yang berlansung selama dua hari mengikut daerah ini telah dihadiri oleh tiga orang guru bagi setiap sekolah di negeri Selangor. Dengan program yang diadakan ini di harap dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada guru-guru terutama pentadbir sekolah (Guru Besar dan Guru Penolong Kanan) akan peri pentingnya pembelajaran abad ke-21 ini dan dapat diterapkan dalam PDP di sekolah masing-masing.


PERPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Tarikh : 21 - 25 Oktober 2013

Perperiksaan Akhir Tahun sedang dijalankan pada minggu ini. Perperiksaan yang dijalankan selama 5 hari bermula 21 Oktober ini diduduki oleh semua murid tahap 2 termasuk tahun 6 yang menduduki perperiksaan mata pelajaran bukan teras. Murid-murid tahap 1 pula menduduki perperiksaan PBS yang dijalankan pada tarikh yang sama.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA

Tarikh : 19 Oktober 2013 | Sabtu
Tempat: Mutiara Damansara, Selangor.
Objektif:

  1. Memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan kerjaya yang boleh mereka ceburi mengikut minat masing-masing.
  2. Memberi peluang kepada murid-murid mengenali kerjaya dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-masing di masa akan datang
Seramai 100 orang murid telah mengikuti lawatan ini yang terbuka kepada pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah dan juga murid-murid tahun 6. Mereka diiringi oleh 15 orang guru. Lawatan ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mengetahui apakah kerjaya yang sesuai dengan diri mereka dimasa akan datang. Ini dengan sendiri akan menarik minat murid untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita mereka.










Rabu, 9 Oktober 2013

CARA MENGAKTIFKAN AKAUN VLE FROG ANDA

Khas bagi guru-guru yang belum mengaktifkan akaun VLE Frog anda, sila ikuti langkah-langkah yang diberi seperti dalam gambar di bawah untuk mengaktifkan akaun anda. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. - Admin



Sabtu, 28 September 2013

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2013

Perkhemahan unit-unit beruniform telah diadakan pada 27 - 29 September 2013 bertempat di Kem Alang Sendayu batu 12 jalan Gombak lama. Aktiviti tahunan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat kekitaan antara murid  dan membina semangat berpasukan dan keyakinan diri.
Program ini dihadiri oleh lebih kurang 80 orang murid tahap dua dari semua unit uniform.