Rabu, 30 Disember 2009

MAKLUMAN DARI ADMIN

Pihak pengendali blog ini meminta maaf kerana berberapa program yang dijalankan oleh pihak SK Taman Keramat 1 pada akhir tahun 2009 ini tidak dapat di 'upload' kan kerana kekangan masa dan berberapa masalah teknikal yang berlaku. Sama-sama kita berdoa semoga tahun 2010 akan lebih memberikan peluang kepada kami untuk lebih kerap meng'update' blog ini untuk kepentingan bersama...terima kasih!

Selasa, 29 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

SELURUH WARGA SK TAMAN KERAMAT 1 MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN WARGA SK TAMAN KERAMAT 1.

Jumaat, 13 November 2009

MAKAN MALAM TAHUN 6 2009


Majlis makan malam bagi meraikan murid-murid tahun 6 2009 telah diadakan pada 11 November 2009 yang lalu. Program yang diadakan pada setiap tahun menjelang akhir sesi persekolahan ini menyaksikan murid-murid tahun 6 diberikan peluang oleh pihak sekolah untuk mengendalikan majlis mereka sendiri.
Ia juga bertujuan memberikan peluang terakhir kepada murid-murid ini menujukkan bakat masing-masing sebelum mereka melangkahkan kaki meneruskan pendidikan mereka di sekolah menengah.
Pelbagai acara menarik diadakan pada makan malam tersebut.



Antara guru-guru yang hadir dalam majlis tersebut


Ucapan daripada ketua murid


Ucapan daripada wakil Guru Besar, Pn Zuraida


Penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.




Penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang mengajar tahun 6 2009





Nyayian penuh perasaan oleh salah seorang peserta yang mengambil bahagian


Deklimasi sajak


Nyayian oleh murid tahun 6


Nyayian lagi....mewakili guru-guru oleh Cikgu Khairi



Lakonan oleh murid tahun 6


Isnin, 9 November 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Guru SKTK1 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SK Taman Keramat 1, telah diadakan pada, 7 November 2009 yang lalu bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa.
Program yang menjadi acara tahunan bagi BKGK ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara guru, kakitangan dan pihak PIBG sekolah ini.
Turut serta memeriahkan program ialah Guru Besar SK Taman Keramat 1, Puan Nor Adibah bt Yusoff dan juga YDP PIBG Tuan Hj Abdul Hamid b Surip serta keluarga dan AJK lain. Pelbagai acara diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut. Acara kemuncak ialah acara cabutan nombor bertuah. Diharap dengan adanya program-program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim antara pihak pentadbir serta guru dan AJK PIBG.






















Khamis, 15 Oktober 2009

KURSUS DALAMAN IT DAN JAMUAN HARI RAYA

Pada 10 Oktober 2009 yang lalu pihak sekolah telah mengadakan kursus dalam kali ke-3 untuk tahun ini (2009) yang bertempat di bilik gerakan sekolah.
Kursus selama sehari ini telah dikendalikan oleh En Hasrul Hisham sebagai tutor. Bidang yang menjadi pilihan untuk kursus kali ini ialah bidang IT. Ini memandangkan guru-guru sangat terdedah pada persekitaran yang memerlukan mereka bukan sahaja tahu malah mahir dalam bidang ini. Kemahiran yang diperolehi dalam kursus ini boleh digunakan oleh mereka untuk menjadikan bidang IT ini sebagai alat bantuan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, pada hari yang sama diadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk guru-guru sempena bulan syawal. Pelbagai hidangan yang enak dihidangkan pada majlis tersebut. Diharap dengan adanya kursus dan majlis yang seumpama ini akan dapat memberikan peluang pada guru-guru berinteraksi sesama mereka dengan lebih akrab.