Selasa, 26 Januari 2010

PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

Setelah Kursus Kepimpinan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber 2010 selesai pada hari Sabtu yang lalu, disusuli pula Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan pengawas-pengawas tersebut telah dilakukan pada 25 Januari 2010 yang lalu.
Majlis ringkas namun penuh makna ini telah disempurnakan oleh Pegawai Polis Daerah Hulu Klang untuk sesi pagi dan Guru Besar SK Taman Keramat1 Puan Nor Adibah bt Yusoff bagi sesi petang.
Dengan selesainya Kursus Kepimpinan dan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan ini maka pengawas-pengawas sesi 2010 ini telah sepenuhnya ditauliahkan sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Bagi mereka yang dilantik pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas.
(gambar untuk Majlis tersebut boleh didapati dalam Facebook SKTK1 di:http://en-gb.facebook.com/people/Sk-Tmn-Keramat/100000447764632)

Sabtu, 23 Januari 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Kursus kepimpinan pengawas telah diadakan pada hari Sabtu 23 Januari 2010 iaitu pada hari ini. Kursus ini telah dihadiri oleh 165 orang pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Kursus yang dijalankan selama sehari ini telah memberikan pendedahan kepada pengawas-pengawas yang lama dan baharu dalam menjalankan tugas masing-masing. Ilmu kepimpinan juga dititik beratkan dalam Kursus ini.
Pihak sekolah berharap dengan kursus yang dijalankan ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada pengawas-pengawas ini berkaitan dengan tugas pengawasan terutamanya bagi pengawas-pengawas yang baru dilantik.
(gambar-gambar sekitar Kursus Kepimpinan Pengawas akan 'diupload' kemudian atau boleh didapati di http://www.facebook.com/home.php?#/profile.php?v=photos&id=100000447764632 )