Isnin, 28 Oktober 2013

KARNIVAL KO-KURIKULUM SK TAMAN KERAMAT 1 | 2013

Karnival Ko-Kurikulum SK Taman Keramat 1 | 2013 telah diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Acara yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun untuk murid-murid sekolah ini. Pada karnival ini, murid-murid telah diuji dengan berberapa pperkara asas untuk setiap unit uniform yang mereka sertai. Antaranya ialah, pertandingan memasang khemah, pertandingan menyediakan hidangan petang, persembahan nyanyian dan gerai jualan serta pameran alat-alat serta aktiviti unit uniform yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Antara unit-unit uniform yang mengambil bahagian adalah; Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Tunas, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia, serta kelab Usahawan.







Selasa, 22 Oktober 2013

PROGRAM KESEDARAN DAN PEMANTAPAN PDP ABAD KE-21 1ESTARNET VIRTUAL LEANING ENVIROMENT (VLE) FROG NEGERI SELANGOR

Pada 21 dan 22 Sepetember 2013, telah dilansungkan Program Kesedaran Pengajaran dan Pembelajaran bersama syarikat YTL yang membekalkan jalurlebar ke sekolah (4G) bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran maya murid-murid.
Program ini memberi pendedahan kepada guru terutamanya pentadbir, Guru Besar dan Penolong Kanan, bagaimana sistem pembelajaran maya boleh membantu murid dan guru untuk menimplimentasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam bilik darjah.
Program yang dianjurkan oleh Syarikat YTL dibawah program 1bestarinet ini juga memberikan imput-input baru kepada guru-guru bagaimana melaksanakan Virtual Learning (pembelajaran maya) kepada murid-murid.
Program yang berlansung selama dua hari mengikut daerah ini telah dihadiri oleh tiga orang guru bagi setiap sekolah di negeri Selangor. Dengan program yang diadakan ini di harap dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada guru-guru terutama pentadbir sekolah (Guru Besar dan Guru Penolong Kanan) akan peri pentingnya pembelajaran abad ke-21 ini dan dapat diterapkan dalam PDP di sekolah masing-masing.


PERPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Tarikh : 21 - 25 Oktober 2013

Perperiksaan Akhir Tahun sedang dijalankan pada minggu ini. Perperiksaan yang dijalankan selama 5 hari bermula 21 Oktober ini diduduki oleh semua murid tahap 2 termasuk tahun 6 yang menduduki perperiksaan mata pelajaran bukan teras. Murid-murid tahap 1 pula menduduki perperiksaan PBS yang dijalankan pada tarikh yang sama.



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KIDZANIA

Tarikh : 19 Oktober 2013 | Sabtu
Tempat: Mutiara Damansara, Selangor.
Objektif:

  1. Memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan kerjaya yang boleh mereka ceburi mengikut minat masing-masing.
  2. Memberi peluang kepada murid-murid mengenali kerjaya dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-masing di masa akan datang
Seramai 100 orang murid telah mengikuti lawatan ini yang terbuka kepada pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah dan juga murid-murid tahun 6. Mereka diiringi oleh 15 orang guru. Lawatan ini berjaya menarik minat murid-murid untuk mengetahui apakah kerjaya yang sesuai dengan diri mereka dimasa akan datang. Ini dengan sendiri akan menarik minat murid untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita mereka.










Rabu, 9 Oktober 2013

CARA MENGAKTIFKAN AKAUN VLE FROG ANDA

Khas bagi guru-guru yang belum mengaktifkan akaun VLE Frog anda, sila ikuti langkah-langkah yang diberi seperti dalam gambar di bawah untuk mengaktifkan akaun anda. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya. - Admin