Ahad, 20 Julai 2008

MAJLIS PERSARAAN PUAN NOREHAN BINTI ISMAIL

Tanggal 17 Julai 2008 yang lalu telah genablah umur 56 tahun Puan Norehan. Ini bermakna telah sampailah masanya untuk 'kak Ann' bersara daripada bidang perguruan setelah hampir 26 tahun mencurahkan bakti beliau sebagai pendidik. Bukan sedikit jasa beliau dalam bidang pendidikan ini. Beliau yang mula menjadi seorang guru semenjak tahun 1974 lagi melahirkan rasa sedihnya di atas persaraan beliau ini bak kata pepatah, setiap yang bermula pasti akan berkhir. Bagaimanapun ini bukanlah penghujung 'jalan' bagi beliau menyumbangkan khidmat bakti beliau kepada nusa dan bangsa. Semoga 'kak Ann' akan teruskan jasa bakti beliau walaupun sudah bersara. Selamat Bersara daripada kami warga SKTK1 kepada 'kak Ann' yang kami sayangi.

Upacara 'send off'


Penyampaian hadiah daripada Puan Zuraida wakil pentadbir



Murid-murid tahun tiga yang mengambil bahagian dalam persembahan pada majlis tersebut.




Ucapan terakhir dari Puan Norehan sempena persaraan beliau.




Ucapan perpisahan daripada rakan seperjuangan, Puan Zaiton, mewakili semua guru-guru mengucapkan selamat berpisah kepada Puan Norehan.

Video acara nyayian terakhir buat 'kak Ann' oleh guru-guru dan murid.

Tiada ulasan: