Isnin, 9 November 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Guru SKTK1 2009

Program Makan Malam Tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) SK Taman Keramat 1, telah diadakan pada, 7 November 2009 yang lalu bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa.
Program yang menjadi acara tahunan bagi BKGK ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara guru, kakitangan dan pihak PIBG sekolah ini.
Turut serta memeriahkan program ialah Guru Besar SK Taman Keramat 1, Puan Nor Adibah bt Yusoff dan juga YDP PIBG Tuan Hj Abdul Hamid b Surip serta keluarga dan AJK lain. Pelbagai acara diadakan pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut. Acara kemuncak ialah acara cabutan nombor bertuah. Diharap dengan adanya program-program seperti ini, ia dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim antara pihak pentadbir serta guru dan AJK PIBG.






















1 ulasan:

cahaya berkata...

tahniah bkgk dengan program yang dianjurkan.do more a success next time Insya Allah.