Sabtu, 11 Julai 2009

KURSUS DALAM PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

Tarikh: 11/07/2009
Hari : Sabtu
Masa: 8.00 hingga 12.00 Tengah hari

Kursus ini merupakan kursus dalaman yang pertama pada penggal ini. Ia melibatkan semua guru yang tidak keluar mengikuti kursus atau apa-apa acara diluar. Dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah Kebangsaan Taman Keramat1.
Kursus ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih yang membuat praktikal di sekolah ini yang bermula dari 1 April yang lalu. Penglibatan guru-guru pelatih dari Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras ini merupakan tugasan khas yang diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka. Ini juga memandangkan mereka mempunyai pengetahuan tentang teknik-teknik terbaru dalam pengajaran & pembelajaran Pendidikan Jasmani yang mereka perolehi di Insititusi tempat mereka belajar. Pengetahuan dan pendekatan baru ini perlu dalam memantapkan lagi pengajaran & pembelajaran guru-guru.
Antara acara yang dijalankan dalam program ini ialah ujian tahap kecergasan, penyediaan ringkasan mengajar bagi pendidikan Jasmani dan acara permainan yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.
Keseluruhannya objektif kursus ini tercapai dan diharap agar pendedahan terhadap pendekatan baru ini dapat dimanfaatkan dalam pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.





Penghargaan kepada guru pelatih yang mengambil bahagian menjayakan program ini.



Acara penutup...tarian 'chicken dance' dan shi-sha-sha



Disebabkan tak larat..jadi pemerhati pun tak pe!



Antara acara yang menarik yang 'dimainkan' oleh guru...



Selalunya murid-murid yang melakukan aktiviti...hari ini guru-guru pula mengambil tempat murid



Ini baru betul kursus...khusyuk mendengar taklimat tentang pengajaran PJ


Lebih posing dari kursus nampakkk..!!!


Guru-guru yang terlibat memberikan pos istimewa

Tiada ulasan: