Rabu, 4 Julai 2012

PERTANDINGAN HARI PUTERI


Pada hari Sabtu 30 Jun 2012 yang lalu, Pergerakan Puteri Islam daerah Gombak telah mengadakan Pertandingan Gubahan Bunga daripada beg plastik dan surat khabar lama. Dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SK Selayang 2 tersebut sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 telah mendapat tempat keempat daripada 17 buah sekolah yang bertanding, ini merupakan pencapaian yang terbaik setakat ini. Acara lain yang dipertandingkan ialah acara membuat kerabu, pertandingan buku log dan Hafazan. Pencapaian yang baik juga telah dirangkul oleh sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 adalah dalam acara membuat kerabu dan buku log yang telah menduduki tempat ketiga dalam kedua-dua acara. Bagaimanapun dalam acara Hafazan tidak mendapat sebarang tempat. Apa pun pencapaian yang telah diperolehi, semoga ini akan dapat memberikan suntikan semangat kepada murid-murid lain untuk mempertingkatkan pencapaian mereka di masa-masa akan datang.






Tiada ulasan: