Ahad, 10 November 2013

MAKAN MALAM TAHUN 6 2013

Sesi persekolahan tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Bagi murid-murid tahun 6, tahun ini merupakan tahun terakhir mereka berada di sekolah ini. Sudah semestinyalah pelbagai pengalaman yang mereka tempuhai dan harungi sepanjang enam tahun berada di sekolah rendah.

Tahun hadapan mereka akan mengharungi satu suasana baru pembelajaran, iaitu sekolah menengah. Untuk meraikan murid-murid tahun 6 ini pihak penyelaras tahun 6 telah mengadakan makan malam yang merupakan aktiviti tahunan bagi tahun 6.

Majlis makan malam yang bertemakan Sugar and spice ini telah berlangsung dengan gilang-gemilang bertempat di dewan utama SK Taman Keramat 1 iaitu Teduhan Damai. Pelbagai persembahan juga dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6, antaranya nyanyian dan lakonan. Majlis makan malam ini juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid tahun 6 untuk mengucapkan terima kasih mereka kepada semua guru-guru yang telah mengajar mereka semasa mereka berada di sekolah rendah, khasnya guru-guru yang begitu bertungkus lumus mengajar mereka sepanjang tahun ini.

Pada majlis ini juga, penyampaian hadiah juga turut diadakan bagi acara-acara dan aktiviti-akviti yang telah dijalankan sepanjang minggu-minggu selepas UPSR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, Master Chef SKTK1 dan Akademi fantasia SKTK1.









Tiada ulasan: