Sabtu, 13 Oktober 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN SKTK 1







Pada 28 hingga 30 September lepas, SK Taman Keramat 1 telah mengadakan perkemahan tahunan unit-unit beruniform bertempat di Kuala Lurau Camp Chelet, Janda Baik, Pahang.
Perkhemahan yang dihadiri oleh 80 orang murid serta 40 orang guru ini merupakan aktiviti tahunan bagi unit-unit beruniform sekolah ini.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan pendidikan luar yang meliputi perkhemahan dan ikhtiar hidup. Selain itu, aktiviti  jungle tracking juga dijalankan. Melalui aktiviti ini murid didedahkan tentang peri pentingnya penjagaan alam sekitar.
Aktiviti selama tiga hari dua malam ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya.

Tiada ulasan: