Sabtu, 13 Oktober 2012

SKTK 1 CIPTA SEJARAH..



'Teacher' Syuhada, bergambar disamping banting yang mempamerkan gambar beliau.

SK Taman Keramat 1 telah mencipta sejarah apabila gambar dari halaman blognya telah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk digunakan sebagai banting sempena sambutan, Perhimpunan Guru-guru Muda Satu Malaysia yang akan diadakan di Johor Bahru pada 13 Oktober ini.
Sebagai penghormatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, seorang guru (yang gambarnya diambil) telah ditaja oleh kementerian untuk menghadiri Perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri oleh  Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dikesempatan ini pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian yang telah sudi untuk mengetengahkan gambar yang diterbitkan dalam blog ini, semoga dengan ini sedikit sebanyak dapat mempopularkan  SKTK1 di peringkat kebangsaan...

Tiada ulasan: