Rabu, 31 Oktober 2012

BENGKEL PENULISAN SKRIP VIDEO

Tarikh: 31 Oktober 2012
Tempat : PKG Gombak
Objektif: Memberi pendedshan kepada guru-guru penyelaras ICT tentang cara pengolahan skrip video untuk P&P dan lain-lain kegiatan sekolah.



Sabtu, 20 Oktober 2012

KURSUS DALAMAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh: 20 Oktober 2012
Objektif: Memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan dengan pendidikan seni visual.
Sasaran: Semua guru











MESYUARAT GURU BIL 4 2012

Mesyuarat
Tarikh : 20 Oktober 2012
Hari: Sabtu

Mesyuarat terakhir untuk tahun 2012. Membincangkan perkara-perkara yang telah diselesaikan dan perkara-perkara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini dan tahun hadapan.


Selasa, 16 Oktober 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BERMULA


Murid Tahun 4 sedang menduduki perperiksaan akhir tahun

Pada 15 hingga 19 Oktober, murid-murid SKTK1 akan menduduki Perperiksaan Akhir Tahun. Perperiksaan selama lima hari ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. Manakala murid-murid KSSR iaitu murid tahun 1 dan 2 juga menduduki perperiksaan dalam untuk menentukan kelas masing-masing pada tahun hadapan.
Diharap murid-murid SKTK1 telah bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam menjawab soalan-soalan perperiksaan dan semoga mendapat markah yang baik, semoga berjaya.

Sabtu, 13 Oktober 2012

PERKHEMAHAN TAHUNAN SKTK 1







Pada 28 hingga 30 September lepas, SK Taman Keramat 1 telah mengadakan perkemahan tahunan unit-unit beruniform bertempat di Kuala Lurau Camp Chelet, Janda Baik, Pahang.
Perkhemahan yang dihadiri oleh 80 orang murid serta 40 orang guru ini merupakan aktiviti tahunan bagi unit-unit beruniform sekolah ini.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan pendidikan luar yang meliputi perkhemahan dan ikhtiar hidup. Selain itu, aktiviti  jungle tracking juga dijalankan. Melalui aktiviti ini murid didedahkan tentang peri pentingnya penjagaan alam sekitar.
Aktiviti selama tiga hari dua malam ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya.

SKTK 1 CIPTA SEJARAH..



'Teacher' Syuhada, bergambar disamping banting yang mempamerkan gambar beliau.

SK Taman Keramat 1 telah mencipta sejarah apabila gambar dari halaman blognya telah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk digunakan sebagai banting sempena sambutan, Perhimpunan Guru-guru Muda Satu Malaysia yang akan diadakan di Johor Bahru pada 13 Oktober ini.
Sebagai penghormatan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, seorang guru (yang gambarnya diambil) telah ditaja oleh kementerian untuk menghadiri Perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri oleh  Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dikesempatan ini pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian yang telah sudi untuk mengetengahkan gambar yang diterbitkan dalam blog ini, semoga dengan ini sedikit sebanyak dapat mempopularkan  SKTK1 di peringkat kebangsaan...